Thursday, 23 October 2014

Kisah : Tabligh

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,


Kisahnya bermula,

Masa tingkatan 3 selepas habis PMR terlalu banyak masa free, lepak sana lepak sini. Terdetik hati nak cuba kerja, jadi pekerjaan pertama dalam hidup ni adalah sebagai tukang masak. haha. "Roti John Putrajaya".
Buka pukul 9.00 pagi habis pukul 11.00 malam. Penat dia jangan cakap laa.. banyak kesan luka dan melecur yang bertapak di tangan ni haaa..

Itu intro jer, ini sebenarnya benda utama yg nk diceritakan.

Apa itu tabligh? jawapan, orang yg ketuk depan rumah pakai jubah putih sembang pasal agama. Selalunya kalau ada org dtg ketuk rumah, tengok dulu ikut tingkap. Nampak jer kelibat 2 ke 3 org pakai jubah putih masaklah.. dr tengok tv terus tutup tv, dr main game, pause kejap, pura-pura tidur, bisik2 antara masing2. Agak-agak mcm dah reda sikit, diaorg dah pergi. Buka balik tv mcm biasa. haha.. pengalaman2. Itu la anggapan atau perlakuan yg seringkali terjadi.

Ada satu masa tu, benda ni berlaku kat rumah. Mak suruh saya yg layan mereka ni. Mungkin sebab saya anak sulung kot. Keluar rumah ada 3 orang yg berpakaian jubah putih, 1 org tua dan 2 lagi muda mcm budak2 lagi. Diaorg cerita psl kebesaran Allah, usaha dakwah, tentang Nabi saw dan byk lagi laa.. akhir sekali sebelum beredar, diaorg jemput saya turun ke surau dekat rumah untuk solat maghrib berjemaah. saya pun ya kan aja. Masuk rumah terdetik, turun jer laa, bukan ada apa2 pun.

Selesai solat jemaah maghrib kat surau, diaorg cerita tentang tabligh pulak. 

Apa itu tabligh? jawapan,
-Adalah menyampaikan sesuatu tentang islam.
-Mengajak org bukan islam memeluk islam.
-Keluar 3 hari atau 10 hari atau 1 bulan ke kawasan2 pendalaman, contoh tempat org asli.
-Kos guna duit masing2, contoh setiap org keluarkan RM50 untuk budak2, RM100 untuk dewasa. Jumlah duit itu akan dibuat kos untuk perjalanan dan barang makanan.

Saya pun minta izin dengan mak, mula2 mak mcm berat jer nk bagi pergi. Tp layan jer kerenah saya, ingat lagi mak ckp, 'Pergi la ko cari islam, tp hati2 jgn ikut benda pelik2 dah la.' Apa lagi dah on. Kita pun pergi ikut tabligh. Mungkin dapat kenal islam lebih lagi.

Lokasi bawah kaki bukit Genting Higland, Kampung Org Asli dan bertolak malam jumaat. Sampai jer terkejut, selalu kalau kampung org asli ni rumah kayu ke rumah panjang ke, ni tak. Rumah batu siap ada astro lagi tu. Cumanya tempat tu, dlm byk2 rumah tu ada 2 jer rumah org islam. Kitaorg tidur kat surau kecik kat situ. Nasib baik ada surau.

Duduk situ 3 hari 3 malam. Mcm2 pengalaman dpt.
-Sunnah Nabi tidur, makan, berjalan, cara berckp, dan paling rare cara berhadas pun diajar.
-Ada 1 rumah ni, ok jer dia dengar dakwah ni, tiba2 berlegar-legar anjing dia sebelah kitaorg. Memang takut la cerita dia. Bayangkan tengah cerita2 agama, anjing jalan sebelah.. perrhhh.
-Berlajar sembelih itik dengan ayam kampung. First time pulak tu. 
-Belajar masak.
-Belajar potong durian.
-Yang paling penting ibadah terjaga untuk 3 hari tu. huhu.
-Ingat lagi kata2 salah seorg dr tabligh tu, 'saya takut sebenarnya org mcm kamu ni, dekat sini jer okay, tp bila dah habis nanti jadi mcm biasa balik'. Saya angguk jer laa. Tak berani nak jawap apa2.

Selesai 3 hari kat Kampung Orang Asli. Balik mcm biasa, bagi no contact, kalau2 ada masa lagi nnti nak join lagi. Tapi apakan daya, dunia lebih kuat memanggil dan menarik saya. Betul ckp salah seorg dr tabligh tu.. haha.. adui.. 3 hari tu jer laa yg baiknya. pastu mcm biasa balik. Leka....

Tammat.

Terbuka pintu Tabligh untuk 3 hari dan tertutup semula.





Pesanan dari saya,
Setiap orang lain pahitnya, dan lain pula manisnya. Kadang hidayah itu dtg di usia muda kadang di usia tua dan kadang saat2 hembusan nafas yang terakhir. Jadi kita di dunia ini jangan menjadi penghukum untuk setiap tindak tanduk org lain. 

Cuma lagi, 
"jangan bertangguh untuk membuat sesuatu kebaikkan, kerana mungkin hari ini adalah hari terakhir bagi kita."
-Pagpk Panjang

Saturday, 18 October 2014

Bahasa Arab

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,


Best sebenarnya belajar bahasa arab ni. Bahasa yang berbunga-bunga gitu. Bahasa yang lembut.

Nah untuk semua yang juga tercari-cari. Bahasa Arab yang biasa-biasa di amalkan.

Apa khabar?
Kaifa haluka (untuk seorang lelaki)
Kaifa haluki (untuk seorang perempuan)
Kaifa halukum (untuk ramai)
= Jawablah "Ana bi khair. Wa anta?" (saya baik. dan kamu?)

Moga Allah memberi kamu kebaikan yang banyak.
Jazakallahu khairan kathira.

Jazakallah khairan (untuk seorang lelaki)

Jazakillah khairan (untuk seorang perempuan)
Jazakumullah khairan (untuk ramai)
= Sebaiknya jika ada yang mengucap ini kepada kita, kita jawablah "Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)", "Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)". Maksudnya, "Dan ke atas kamu juga".

Dengan izin Allah.
Bi izdnillah.

Semoga dalam pemeliharaan Allah.

Fi hifzillah.

Maaf banyak-banyak.
Asif jiddan (untuk seorang lelaki)
Asifah jiddan (untuk seorang perempuan)

Persaudaraan kerana Allah selama-lamanya.
Ukhuwah fillah abadan abada.

Ini sahaja buat masa sekarang yang saya dapat kongsikan. Jika ada yang salah mohon perbetulkan. Jika ada yang perlu di tambah, sila tambahkan. Ilmu yang saya kongsi ni datang daripada Allah.

Monday, 13 October 2014

Law Kana Bainana



Assalamualaikum wbt.

Bismillah,







Lagu ini cukup terkenal semasa video rancangan realiti "If The Beloved Were Among Us" tersiar di Televisyen (Arab) dan di Youtube. Ia juga disiarkan di TV Al-Hijrah. Rancangan yang cukup baik, yang memberi pengajaran kepada sekalian manusia. Ia juga bukti kerinduan orang-orang mukmin masa kini kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

Video dibawah adalah lagu penuh "full song" Law Kana Bainana dengan erti atau terjemahaman bahasa melayu. Liriknya adalah rintihan kerinduan kepada Rasulullah SAW. Semoga ada kebaikan dari lagu ini buat kita. Banyakkanlah berselawat. :)

~ Law Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah.



====================
LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Lirik Dalam Arab 
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك