Showing posts with label Hamba Pendosa.. Show all posts
Showing posts with label Hamba Pendosa.. Show all posts

Monday, 1 February 2016

Sembah Tuhan

SEMBAH TUHAN...
Sejauh mana kita faham dgn perkataan diatas...
SEMBAH membawa maksud....
Membawa diri untuk mematuhi serta mentaati...
TUHAN pula membawa maksud...
Tempat untuk melakukanPenyerahan atau menjadikan diri sebagai hamba untuk tuhan.
Patuh serta menuruti akan setiap arahan nya.

Realiti hari ini..
Manusia mengambil Hawa Nafsunya sebagai Tuhan.
Memenuhi kehendak hawa nafsunya serta menuruti akan setiap kehendaknya dan tidak mahu patuh atas suruhan Allah..
Sedangkan kehendak hawa nafsu itu sangat bertentangan dgn kehendak Allah swt.
Manusia Lebih mentaati hawa nafsunya dari pada mentaati perentah Allah..
Dan cuba untuk selaraskan kehendak agama dengan kehendak nafsu2nya.
Cuba menghalalkan perkara2 yg jelas bertentangan dgn kehendak agama itu sendiri.
Menjadikan harta nya sebagai tuhan..
Menjadikan pangkat serta kemuliaan dunia sebagai tuhan.
Manusia hari ini umumnya menyembah hawa nafsu dan menjadikan dunia ini sebagai tuhan nya.
Dan akhirnya...
Manusia menjadi hamba kepada dunia dan dunia membelenggu serta memperhambakan akan penghidupan nya.
Kehidupan nya di susun atur oleh percaturan dunia.
Sekiranya manusia menjadi hamba Allah serta Menyembah Allah..
atau bertuhan kan Allah...
Sudah pasti mereka akan mentaati segala suruhan Allah dan meningalkan segala larangan Allah.
Sudah pasti manusia tidak akan memperturuti akan kehendak hawa nafsunya..
Mereka akan pergadaikan dunia ini..
serta apa shj yg telah disusun atur oleh Allah, atau bahagian nya di dunia ini...
Untuk mendapatkan matlamat penghidupan nya di akhirat kelak..
Dan sudah pasti hala tuju serta matlamat penghidupan nya untuk persiapan akhirat.
Mereka pasti akan peralatkan seluruh pinjaman dunia ini untuk mendapatkan matlamat yg sebenar.
Penghidupan kekal abadi selama2nya yg telah dijanjikan oleh Allah swt..
Sejauh mana manusia mahu beriman dan yakin dgn janji Allah dan petunjuk nabi saw..
Selagi msnusia membesarkan dunia, dari akhirat...
Selagi manusia hidup memburu dunia yg bersifat sedikit dan pinjaman sementara ini...
Selagi manusia belum yakin dgn penyusunan serta qada dan qadar dari Allah. ..
Selagi itu manusia belum lagi benar2 beriman.
Yg mana...
iman itu bermaksud keyakinan yg sangat teguh..
Keyakinan yg akan mengerak kan seluruh penghidupan memburu akan apa yg diyakini nya....
SYURGA ITU DIPAGARI OLEH PERKARA2 YG BERLAWANAN DENGAN NAFSU.....
manakala
NERAKA ITU DIPAGARI OLEH KESEMUA PERKARA YG DISUKAI OLEH NAFSU.

Wednesday, 14 October 2015

MUHARRAM BUKAN BULAN NABI MULA BERHIJRAH

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,





Sebenarnya, banyak perkara dalam mengambil fakta agama dibuat secara ikutan tanpa penelitian dan semakan yang pasti. Kita sering mengikut apa yang orang lain sebut atau ungkapkan tanpa kita memastikan ketepatannya. Malang sekali, bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat awam, tetapi juga dalam kalangan mereka yang terpelajar. Untuk menjawab soalan saudara, saya ingin sentuh beberapa perkara berikut;

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka. Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam. Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkab bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

3. Sejarahwan besar al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) menyebut dalam karya sejarahnya al-Bidayah wa al-Nihayah: Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr). Riwayat ini jelas menunjukkan pemilihan Muharram sebagai bulan pertama dalam kalender Hijrah bukanlah kerana ia bulan yang Nabi s.a.w berhijrah padanya. Ia hanya bulan pilihan yang dijadikan bulan pertama bagi kalendar hijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).




5. Dengan ini, berdasarkan maklumat yang dinyatakan tadi, jelas bulan muharram bukanlah bulan baginda Nabi s.a.w berhijrah, ataupun memulakan hijrah. Kesimpulannya; baginda keluar dari rumah pada akhir bulan Safar. Memulakan hijrah pada hari pertama Rabiul Awwal dan sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awwal. Jika ada perbezaan pendapat dalam kalangan sejarahwan, ia berkisar pada hari-hari yang disebutkan itu sahaja. Adapun bulan, mereka bersetuju hijrah Nabi s.a.w pada Rabiul Awwal. Dengan itu, kita sepatutnya tahu bahawa bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kiraan kalendar hijrah, bukan bulan hijrah Nabi s.a.w.

6. Penetapan kalendar hijrah yang dibuat oleh Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a adalah langkah yang tepat bagi memenuhi keperluan urusan pentadbiran dan kehidupan umat Islam. Walaupun idea itu bermula dari cadangan meniru cara pengurusan bukan muslim, tetapi meniru bukan muslim dalam perkara yang bukan ibadah dan pula dapat memberikan faedah kepada umat Islam adalah sesuatu yang diizinkan, bahkan disuruh oleh Islam. Langkah Saidina Umar r.a. itu telah membantu pengurusan dan pentadbiran umat Islam sepanjang zaman. Maka, penetapan tarikh bagi tahun hijrah bukanlah bagi mengujudkan satu upacara agama, tetapi untuk urus tadbir umat.

7. Setelah kita jelas tentang latar penetapan tahun hijrah, iaitu ia berlaku pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab r.a bukan pada zaman Rasulullah s.a.w, maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum bermula pada zaman baginda. Pada zaman Umar dan khalifah-khalifah selepas Umar juga tiada sebarang upacara ibadah khusus sempena kedatangan tahun baru hijrah. Sebaik-baik petunjuk dalam ibadah ialah petunjuk Nabi s.a.w dan al-Khalafa al-Rasyidin.

8. Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kabaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah.

9. Jika tahun baru hendak diingati atau dihayati, mungkin di sudut kedatangan tahun baru boleh menjadi pemangkin semangat dan azam. Membantu penilaian dan perancangan. Maka, ia akan menggalakkan kita memuhasabah diri; apakah kejayaan amalan baik atau dosa yang telah kita lalui tahun lalu? Juga, yang penting apakah perancangan dan azam kebaikan bagi kalendar yang akan datang. Maka kita pun berazam ke arah prestasi yang lebih baik.



Sunday, 11 October 2015

Sahabat

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,

Allah aturkan antara kita 1 pertemuan di tetapkan 2 hati...
Dalam 2 hati di berikan 3 rasa... Yaitu .. Sayang.. Kasih.. Kasihan..
Dalam 3 rasa itu di selipkan 4 tujuan.. Yaitu... Berkenalan.. Berteman.. Berkawan.. Bersama...
Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan.. Yaitu.. Teman Baik Selalu Ada di Sisi...
Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 Impian.. Yaitu.. Sayang.. Kekal.. Setia.. Mengerti.. Menghargai.. Mengingati..
Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat... Yaitu...
S. A. H. A. B. A. T. "


Sahabat perlu di kasihi... Bukan untuk di sakiti.
Perlu di sayang... Bukan di benci..
Perlu di hormati... Bukan di kasari..
Perlu di pegang.. Jangan di buang..
Perlu di hargai.. Jangan di musuhi...
Tempatnya di hati.. Bukan di kaki...
Selemah lemahnya manusia ialah orang yang tak mau mencari sahabat ... 

Dan orang yang lebih lemah dari itu...
Ialah orang yang menyia-nyiakan sahabat yang telah di cari...





PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON..
BERBEZA BEZA PENUH WARNA..

T E T A P I .... JIKA MEREKA BERSAMA... MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH....

Friday, 9 October 2015

Ingatlah

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,



INGATLAH
Kita semua perlu ingat yang semua makhluk ciptaan Allah akan mati. Tidak ada satu zarah makhluk pun akan terlepas dari kematian ini kerana Allah telah berfirman di dalam Al Quran setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dari sebesar-besar makhluk sampailah sekecil-kecil makhluk. Ingatlah kita akan mati pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

INGATLAH
Setelah roh kita ditarik dari jasad yang selama ini kita pinjam dari Allah swt, kita semua akan dihantar ke alam barzakh yang seterusnya untuk kita menanti masa untuk berkumpul di satu kawasan yang sangat luas yang dipanggil masyar. Disini bermulanya soal jawab bersama Allah yang disaksikan oleh Allah, rasul-rasul, nabi-nabi, malaikat-malaikat, manusia dari umat nabi adam sampailah umat nabi muhammad, jin-jin dan setiap makhluk ciptaan Allah swt.

INGATLAH
Di masyar pula kita akan dikumpulkan dan disinilah bermulanya sesi soal jawab bermula, timbangan amalan bermula, tuntutan demi tuntutan bermula. Pada masa ini tidak ada satu perkara pun akan terlepas dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara yang kita semua lakukan didunia dahulu. Dan tidak ada satu makhluk pun yang akan merasakan dirinya terinaya. Pada masa ini mahkamah Allah adalah Mahkamah yang Maha Adil.

INGATLAH
Syurga dan neraka itu adalah benar, syurga dan neraka itu wajib diyakini oleh orang yang beriman. Pada hari itulah kesemua manusia akan melihat sendiri dengan mata dan kepala mereka syurga dan neraka yang mereka rasakan ianya adalah satu cerita dongeng yang pernah didengari semasa hidup di dunia dahulu. Pada hari itu Allah akan menunjukkan segala kekuasaanNya yang Maha Dasyat kepada semua makhluk ciptaanNya. Pada hari tersebut kesemua makhluk ciptaanNya gementar dan takut melihat Kekuasaan Allah.

INGATLAH
Orang yang diberikan Rahmat oleh Allah akan dimasukan ke dalam syurga Allah dengan panggilan-panggilan yang lembut. Orang yang dicampakkan ke neraka akan dipanggil dengan pangilan yang amat menyeramkan, begitulah suasana di masyar nanti. Kesemua manusia pada ketika itu akan mendapat bahagian masing-masing atas usaha yang dilakukan semasa di dunia dahulu. Beruntunglah bagi mereka yang mensucikan dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

INGATLAH, INGATLAH, INGATLAH

Wednesday, 7 October 2015

Kurnia Allah Atas Kehilangan Sesuatu

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,


Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu. Kadang-kala kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia ataupun akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita. Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita. Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah.

Nabi Nuh a.s. kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya. Demikan Nabi Lut kehilangan isterinya yang memusuhinya. Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepas diri dari golongan yang tidak seiras bahkan menjadi musuh kepada agenda dakwah mereka, yang memburukkan persepsi dan merosakkan sanubari.

Penyakit apabila lama ia bersarang, kita merasa biasa. Demikian juga kadang harta ataupun manusia yang boleh membawa musibah kepada dunia dan akhirat kita apabila lama kita bersama dan bergaul dengan mereka. Lalu kita mula selesa dengan keburukannya.

Kehilangan harta ataupun manusia tertentu mungkin satu kurniaan Tuhan sepertimana Tuhan menghilangkan penyakit tertentu dari kita.

Apabila kita sentiasa beristikharah, berdoa dan bermunajat kepada Allah dalam setiap urusan, maka kita tidak akan kecewa atas apa kehilangan sekalipun. Kita tahu Allah mempunyai agenda rahmatNYA untuk kita. Sebaliknya kita akan mensyukuri sesuatu kehilangan, bahkan menikmatinya dengan penuh kemanisan iman dan melihat cinta Allah seluas ufuk timur dan barat. Apabila kita meminta dari Allah sesuatu, lalu DIA memberinya kemudian menghilangkannya, maka kita tahu itu ada hikmatNYA. Dia mungkin mahu kita pelajari sesuatu, ataupun alami sesuatu dan kemudian setelah kita mendapat iktibar maka DIA pun menentukan agenda rahmatNYA yang seterus.

Maka doa yang indah yang diajar dan disuruh oleh Al-Quran dalam Surah al-Isra ayat 80:

رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
"Wahai Tuhanku! Masukkan daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"



Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H ) dalam Al-Wabil al-Soyyib: "Apabila Allah mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hambaNYA maka Dia buka pintu taubat, penyesalan, pasrah, kehinaan diri, bergantung harapan, memohon pertolonganNYA, pengembalian yang benar kepadaNYA, sentiasa merendahkan diri kepadaNYA, doa, mendekatkan diri kepada Allah dengan semampu mungkin. Di mana kejahatan yang pernah dilakukannya menjadi sebab rahmat untuknya sehingga syaitan berkata: Alangkah baiknya jika aku biarkan dia dan tidak jatuhkan dia ke dalam maksiat".

Monday, 5 October 2015

Sini Bukan Kampung Halaman Kita

Assalamualaikum wbt.

Bismillahi,



Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi, 
tapi kita berasal dari syurga.
Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal
Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan
kembali ke rumah kita.
Tak Rindu kah pada kampung anda ?
Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?
Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi perintahNya?
Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita
adalah di syurga.
Kenapa kita lupa?
Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
Bila Keluarga mereka akan pulang?
Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.
Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati
INGAT INI BUKAN KAMPUNG HALAMAN KITA

Friday, 2 October 2015

Sikap Lemah Lembut dan Keras Dalam Berdakwah

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,



Jika seseorang mukmin mempamerkan sikap lemah lembut dalam berdakwah, maka akan membuahkan pada dirinya sikap kasih sayang kepada orang lain dan akan melahirkan pada diri orang lain sikap kecintaan dan keredhaan, serta menumbuhkan sikap segan dari pihak lawan kepada dirinya. Sebaliknya, dengan sikap keras, kaku dan kasar akan membuat lari dan menjauhnya manusia, dan semakin menimbulkan api kebencian dari orang-orang yang menanam benih kebencian kepada dirinya.

Firman Allah:
“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah (lemah lembut) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”
( An-Nahl: 125)

“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” ( Ali Imran: 159)

Dari ‘Aisyah istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
َََُُِِْْْ
“Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR. Al-Bukhari no. 6024 dan Muslim no. 2165)

Dari ‘Aisyah istri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau telah bersabda:
“Sesungguhnya sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim no. 2594)

Dalam keadaan tertentu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersikap tegas dan keras. Diantara contohnya:
– Celaan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam terhadap perbuatan memanjangkan sholat tanpa memperhatikan keadaan orang-orang yang berma’mum. (HR. Al Bukhari)

– Sikap keras beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam terhadap orang yang makan menggunakan tangan kiri ketika diperintah untuk makan menggunakan tangan kanan. (HR. Muslim)

– Perkataan beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Celaka kamu” terhadap orang yang berlambat-lambat melaksanakan perintah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menaiki unta. (HR. Al Bukhari)

– Kerasnya sikap beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam terhadap orang (laki-laki) yang memakai cincin emas, setelah ia tahu bahwa perkara itu adalah perkara yang diharamkan. (HR. Muslim)
Kenanglah dimana saat kita masih belum berubah, ketika masih di dalam contengan karat dan cara orang mengajak kita kepada kebenaran. Adakah kira berubah atas kekasaran atau kelembutan? Jadi gunalah peluang yang ada untuk berdakwah dengan kelembutan. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan dengan sabar.

Semoga ada manfaatnya buat kita bersama...

Monday, 21 September 2015

Akhir Zaman

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,



💥Ungkapan Sayidina Ali
Akan datang suatu masa, Dan aku sangat khuatir terhadap masa itu."
🌟Dimana manusia beragama tetapi tidak memahaminya dan tidak benar2 beriman.

💥Mereka tahu dunia itu pinjaman sementara tetapi mereka bermati2an mengejar dan melongokkannya.
🔺1. Di mana keyakinan hanya tinggal di dalam pemikiran.
🔻2. Di mana keimanan tak berbekas dalam perbuatan.
🔺3. Banyak orang baik tapi tak berakal.
🔻4.Ada pula yang berakal tapi tak beriman.
🔺5. Ada yang lidahnya fasih tapi hatinya lalai.
🔻6. Ada pula yang khusyu' tapi sibuk menyendiri.
🔺7. Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis.
🔻8. Ada pula ahli maksiat tapi rendah hati.
🔺9. Ada yang bahagia tertawa tapi hatinya berkarat.
🔻10. Ada pula yang sedih menangis tapi kufur nikmat.
🔺11. Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat.
🔻12. Ada pula yang berhati tulus tapi wajahnya berkerut.
🔺13. Ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan.
🔻14. Ada pula pelacur tapi menjadi 'public figure'
🔺15. Ada yang memiliki ilmu tapi tidak faham.
🔻16. Ada pula yang faham tapi tidak menjalankan.
🔺17.Ada yang cerdik pintar tapi memilih jalan bodoh.
🔻18. Ada pula yang bodoh tapi tidak tahu diri.
🔺19. Ada yang beragama tapi tidak berakhlak.
🔻20. Ada pula yang berakhlak tapi tidak ber-TUHAN.

Burning Flame by MD-Arts
The Vanished flame by lowjacker
Rasulullah saw. bersabda:
"Akan datang suatu zaman dimana orang yang berpegang teguh pada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api."
(HR. Tirmidzi)

💕Sekadar renungan untuk di fikir2 serta di renung2kan.

💥Inilah masa yg dimaksudkan itu.

Friday, 2 January 2015

Amirul Iqbal - Abang Long Sharkies

BUATMU ABANG LONG



PROLOG

Sama juga ucapannya, sebelum dan selepas. 

Oh, baiklah. This one post is dedicated to our Sharkies' Abang Long. 

Amirul Iqbal.

Ya. Selamat Hari Lahir. Tahniah dan takziah di atas umur yang semakin meningkat kepada angka 22. 

Yang ini ada gambar yang quite 'handsome'lah.

*jaga hati*

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta

Begitulah. Orang-orang dulu bicara. Bila kita tidak kenal maka kita tidak cinta. Takrifan begitu agak terletak pada jiwa-jiwa kami. Benar sekali. Mengenali diri Mirul membuat kami mengenal erti persahabatan.  Kenal erti kawan dan lawan.  Kenal erti bersatu hati.

Mirul, Abang Long kami,

Kerana dirimu Abang Long, sahabat itu kami takrifkan sebagai teman yang selalu ada. Yang ada tika kami tawa dan duka.

Kami bicara mengenaimu, teman yang sentiasa menemani perjalanan kami.  Walau kami susah dan walau kami senang, Abang Long tetap di situ, ada.

Kami sayang Abang Long.

Abang Long punya tempat dalam hati-hati kami.  Manakan tidak, Abang Long punya hati yang baik, soleh dan membawa contoh yang elok.

Kami harap redha Allah sentiasa menaungi persahabatan kita.  Tiada lebih dari itu.  Andai kata sayang, biarlah Lillah.

Semuanya Paksikan Allah.

Selamat Hari Lahir Abang Long.

~Jaga Diri, Jaga Ibadah, Cari Iman dan Takwa, Jangan Berlengah Lagi~




Nukilan daripada Arni Shuhada dan sedikit dari saya.






Wednesday, 31 December 2014

Maaf

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,

Pada pertengahan malam yang tenang ini saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada si pembaca, YA! yang tengah baca ini. Tidak kira kita kenal antara satu sama lain ataupun tidak. Tidak kira kita baru berkenalan atau sudah lama. Tidak kira apa gelaran kamu sekalipun. Tidak kira dimanapun kamu berada. Tidak kira kamu yang rapat atau tidak dengan saya. Tidak kira apa kenangan antara kita.

Saya, Sheikh Ahmat Bukhari Bin Sheikh Allaudin, ingin memohon maaf atas segala perbuatan salah dan silap yang menyentuh qalbu mana mana pihak dan sesiapa saja yang merasai tempiasnya.
Ya, saya mengaku bahawa saya banyak menimbulkan kesalahan dan kesilapan yang berbentuk perbuatan, perilaku, kata-kata, dan pelbagai lagi. Secara berdepan mahupun dari belakang.
Atas kesalahan ini, saya memohon dengan sedaya mampu agar kamu dapat memaafkan segalanya.

Sekali lagi saya memohon maaf kepada kamu atas segala salah dan silap yang saya zahirkan mahupun batinkan. Dan maaf juga kerana masih tiada kemampuan untuk menyatakan maaf ini secara peribadi. Serta halalkan makan dan minum, halalkan segala-galanya.
Apakah masih ada hari esok ?
Apakah masih ada malam nanti ?
Apakah masih ada kejap lagi ?












Selagi masih punya modal (nyawa) atas keEsaanNya, saya yang cuma seorang hamba abdi, sekali lagi, memohon ampun maaf atas segala salah dan silap sepanjang usia berpaut pada badan.


Saya tak lari daripada melakukan kesilapan dan pasti ada mengguris hati siapapun tanpa sedar. Terutamanya Ibu Bapa, Adik Beradik, Saudara Mara, Ahli Keluarga, Guru Guru, Sahabat Sahabat, dan tak lupa semua kenalan yang mengenali saya. Saya juga memaafkan kamu dalam semua perkara antara sedar atau tidak sedar.

Dan jika ada sebarang perkara yang mahu dituntut, mohon agar ianya dilunaskan secepat yang mungkin. Tidak dengan saya, tuntutlah dengan keluarga saya kerana takut dek ajal ini menjemputku dulu.
Jika ada hutang yang mengikat pinggang, bantulah saya menyelesaikan hutang tersebut dengan memastikan saya sedar kesemua hutang yang ada.

Akhir kata, saya berterima kasih kepada semua atas kemaafan yang diberi, segala perkara yang dikongsi dalam pelbagai bentuk; dari segi benda, ilmiah, dll.
Dengan harapan segala nya dapat diselesaikan selagi bulan berpaksikan orbit yang mengelilingi bumi dan selagi matahari berada di timur.

Pesanan. Jaga diri, Jaga Ibadah, carilah Iman dan Taqwa ya. Berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah walaupun kamu terpaksa menggenggam bara-bara api sekalipun, jangan pernah melepaskan dua benda tinggalan kekasih Allah dan kekasih umat ini, iaitu Nabi Muhammad saw.. Sesungguhnya beliaulah contoh terbaik buat semua orang (umat akhir zaman) dalam semua perkara.

Alhamdulillah kerana ditemukan dengan kalian semua. Saya sayang kamu kerana Allah.

InsyaAllah.

Friday, 26 December 2014

Aurat

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,


Pada hari ini saya akan kongsikan tentang aurat. Saya kongsi mana yang saya tahu. Jadi maaf kalau ada salah dan silap atau tidak sependapat. Ada khilaf itu bermaksud para ulamak atau fukohah berbeza pendapat dalam mentafsir sesuatu ayat Al-Quran atau Hadis. Jadi kita boleh ambil mana-mana sahaja pandangan. Aurat ini sama ada di dalam solat atau diluar solat. Allahu'Alam.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”
(Riwayat Muslim no. 3971)


Hadis ini membawa maksud, para wanita yang menutup auratnya tetapi masih nampak bentuk tubuh badannya.

Termasuk sanggul yang mana boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.

Wanita seperti ini pasti akan ke neraka.

Tambahan pula wanita yang menutup aurat,
tetapi berniat ingin menunjuk-nunjuk akan kecantikannya,
atau barang perhiasan nya,
atau dengan bau-bauan nya,
atau yang menarik perhatian dengan lenggok manja serta jalannya,
atau yang dengan alat soleknya,
ia ini tabarruj...
Sudah pasti akan ke neraka.
Bagaimana pula yang tidak mahu menutup aurat dan dengan sengaja menarik perhatian orang lain
dan yang mengiurkan para lelaki yang memandang nya...Ketika seorang wanita semakin berani memperlihatkan auratnya, ketika itu semakin tipislah rasa malu yang seharusnya menghiasi keindahan dirinya.
Pasti.. pasti.. pasti..
akan ke neraka, jika tidak sempat bertaubat sebelum mati.



Aurat lelaki,

Dari pusat ke lutut.

Adakah peha aurat?
Ada khilaf kerana ada sahabat nampak peha Nabi ketika perang. ada sahabat nampak Nabi selak kain sampai ternampak pehanya.Tapi ada yang berpendapat itu bukan peha tapi sebenarnya betis. Kesopanan yang terbaik tidak perlu dedah peha.

Aurat Perempuan,

Ada khilaf ulamak.
-Seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
-Dalam Mazhab Abu Hanifah, diluaskan kecuali muka, pergelangan tangan dan kaki dari buku lali ke bawah.

Adakah dagu aurat?
Ada khilaf
-tengkuk aurat tapi dagu dari padangan depan adalah sebahagian daripada muka.
-dagu aurat dari pandangan bawah..

-Untuk MAHRAM, boleh buka kepala, boleh buka lengan sampai siku, boleh nampak kaki dari buku lali ke bawah, sehingga betis sedikit dimaafkan. Itu sahaja.
Ada maksud dari surah An Nuur ayat 31, kerana didalamnya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada:

suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,

anak-anak mereka,
anak-anak tiri mereka,
saudara-saudara mereka
anak-anak saudara lelaki mereka,
anak-anak saudara perempuan mereka,
wanita-wanita islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Jadi yang dimaksudkan dengan perhiasan adalah tempat biasa wanita memakai perhiasan seperti rantai, subang telinga, gelang tangan dan gelang kaki. Adakah ada yang memakai perhiasan pada peha, bawah ketiak, punggung dan payudara? Tidak! Jadi ia adalah aurat. 

Jadi bahagian yang lain tidak boleh diperlihatkan kecuali pada suaminya.

-Dengan PEREMPUAN SESAMA ISLAM
Sebenarnya sama sahaja seperti mahram kalau mengikut dari Surah An Nuur ayat 31. 
Bukan dari pusat hingga lutut! tapi berdasarkan pakaian yang biasa iaitu pakai baju dan seluar panjang. Kalau seluar pendek hingga ke betis masih boleh diterima tapi jangan pendek sehingga ke peha takut-takut menaikkan syahwat.

-Dengan PEREMPUAN BUKAN ISLAM,

Ada khilaf ulamak.
-Keseluruhan kecuali muka dan pergelangan tangan.
-Boleh buka kepala, boleh buka lengan sampai siku, boleh nampak kaki dari buku lali ke bawah.. Dimaafkan pada syarak.

-Dengan IPAR / SEPUPU, seluruhnya kecuali muka dan pergelangan tangan.


Wednesday, 24 December 2014

Maksud Azan

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,

Maksud azan untuk di hayati....

Allah maha besar....
Allah maha besar....
Allah maha besar....
Allah maha besar....
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan lain yg selayaknya untuk di sembah selain Allah...
(2x)
Aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah...
(2x)
Marilah mengerjakan sembahyang....
Marilah mengerjakan sembahyang....
Marilah menuju kejayaan...
Marilah menuju kejayaan....
Allah maha besar....
Allah maha besar....
Tiada tuhan lain selain Allah....



MENDALAMI MAKSUD AZAN.
1- Empat kali laungan awal menyatakan Allah maha besar... Allah maha besar.
Nak menyatakan tiada satu apa pun di dunia ini yg boleh menandingi akan kebesaran Allah swt.
Kekuatàn makhluk...
kepandaian akal fikiran...
Harta benda serta segala bentuk kemewahan...
Pangkat serta apa pun juga darjat makhluk...
Tidak satu pun yg mampu bersaing atau menandingi Allah swt.
2- Seterusnya ikrar lidah menyatakan bahwa..
tiada mana2 tuhan yg benar2 layak untuk disembah kecuali Allah swt.
Tuhan yg menjadikan Alam semesta.
3- Seterusnya ikrar lidah menyatakan bahawa nabi Muhammad saw itu...
Benar2 seorang rasul yg perlu diikuti dan perlu dipatuhi akan ajaran nya.
Serta perlu dijadikan contoh atau idola didalam penghidupan.
4- Seterusnya menyeru serta mengajak manusia agar mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
Kerana solat itu merupakan tiang agama yg perlu dipertegak kan.
5- Dan yg terakhir sekali, Merupakan maksud serta keperluan tiap manusia.
Mengajak serta menyeru manusia agar mencari kejayaan didalam hidup di dunia dan di akhirat.
Kejayaan yg sebenar serta yg hakiki.
Diantarà syarat utama untuk mendapatkan kejayaan yg besar ini adalah...
- Yg paling utama sekali membesarkan Allah...
- Seterusnya ikrar lidah serta dilakukan dgn perbuatan akan kalimah syàhadah.
- Seterusnya ikut cara nabi saw. (Sunnah nya)
Jadikan nabi saw sebagai idola didalam penghidupan seharian
- Dan seterusnya dirikan solat 5 waktu sehari semalam.
INILAH ANAK KUNCI KEJAYAAN YG HAKIKI.
Allah swt ajarkan kepada kita melalui laungan azan.
Janji Allah itu pasti..
Allah swt tidak mungkin akan memungkiri akan janjinya.
6- Seterusnya laungan membesarkan Allah swt dilakukan 2x lagi, sebelum penutup azan.
Sebagai mengingati kita semua akan maha hebatnya Allah.
dan masuk kan betul2 kedalam hati,
bahawa Allah swt sememang nya sangat2 berkuasa.
7- Dan seterusnya ditutup dengan kalimah tauhid.
Menafikan semua makhluk lain yg layak untuk dijadikan tuhan.
Atau lebih diberikan perhatian.
Atau lebih dimuliakan.
Atau lebih dibesarkan.
Atau lebih ditakuti
Atau lebih dihormati.
Atau lebih dipatuhi.
Atau untuk dijadikan apa2 tujuan.
Selain Allah swt yg maha gagah lagi maha pencipta.
Allah maha pengatur seluruh Alam semesta.....