Saturday, 18 October 2014

Bahasa Arab

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,


Best sebenarnya belajar bahasa arab ni. Bahasa yang berbunga-bunga gitu. Bahasa yang lembut.

Nah untuk semua yang juga tercari-cari. Bahasa Arab yang biasa-biasa di amalkan.

Apa khabar?
Kaifa haluka (untuk seorang lelaki)
Kaifa haluki (untuk seorang perempuan)
Kaifa halukum (untuk ramai)
= Jawablah "Ana bi khair. Wa anta?" (saya baik. dan kamu?)

Moga Allah memberi kamu kebaikan yang banyak.
Jazakallahu khairan kathira.

Jazakallah khairan (untuk seorang lelaki)

Jazakillah khairan (untuk seorang perempuan)
Jazakumullah khairan (untuk ramai)
= Sebaiknya jika ada yang mengucap ini kepada kita, kita jawablah "Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)", "Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)". Maksudnya, "Dan ke atas kamu juga".

Dengan izin Allah.
Bi izdnillah.

Semoga dalam pemeliharaan Allah.

Fi hifzillah.

Maaf banyak-banyak.
Asif jiddan (untuk seorang lelaki)
Asifah jiddan (untuk seorang perempuan)

Persaudaraan kerana Allah selama-lamanya.
Ukhuwah fillah abadan abada.

Ini sahaja buat masa sekarang yang saya dapat kongsikan. Jika ada yang salah mohon perbetulkan. Jika ada yang perlu di tambah, sila tambahkan. Ilmu yang saya kongsi ni datang daripada Allah.

2 comments:

Unknown said...

Pembetulan sikit.

Kalau untuk ramai,kita guna kaifa halukum

Kalau kaifa halukuma untuk tanya dekat 2 org

Unknown said...

Masya Allah..

Terima kasih Amir atas pembetulan.
Akan diperbaiki. Asif jiddan.

Apa khabar Amir skrg? Sihat? lama x dengar cerita. Buat apa skrg??

Jazakallahu Khair.