Sunday, 30 November 2014

Hablu Minannas : Jangan menzalimi orang lain dan mustajabnya doa orang yang dizalimi

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,


Kalau sekiranya seseorang itu berdoa kepada Allah SWT. setelah dia dizalimi, Nabi saw janji doa itu adalah doa yg mustajab. Kita ni bila zalim orang, kadang-kadang kita dah tak ingat pun dia. Tak ada masa pun nak ingat dia. Sebab kadang-kadang ada orang ni tindas orang lain atas kertas sahaja. Dia pun tak tengok orang yang dia tindas tu. Contoh ada orang mohon kerja ke apa ke, dia layak tapi pangkah bagi orang lain. Dia tak nampak orang yang dizalimi itu tp Allah tak lupa dengan apa yang dia lakukan dan disebabkan jawatan yang dia pegang. Ini perkara besar, hamba Allah ni kata "tak patut aku ditolak sedang aku layak." Dia doa kepada Allah. Ada masa Allah terus balas, atau Allah tak balas segera tp tangguh kezaliman itu nanti untuk dibalas.

Kita kadang-kadang bertanya kenapalah aku ni tuhan kenakan begini, kita barangkali lupa untuk mengira senarai manusia-manusia yang pernah kita zalim di dalam hidup kita. Ada satu cerita,

Yang mana seorang hamba Allah ni, dia anggota polis, dia nak kena bedah sebab tulang dia reput. Dia dah pencen dan selalu turun ke masjid. Ada satu masa tu dia minta ustaz tolong doakan dia. Pastu dia menangis, lama dia menangis. Ustaz pun cakap "Insya Allah mudah-mudahan Allah sembuhkan." Dia kata, "bukan ustaz, saya teringat satu perkara dulu semasa saya kerja, saya pernah tahan satu orang budak muda atas satu tuduhan, saya teranjang dia." Cerita ni dah lama dia kata, 15 ke 16 tahun dulu. Budak tu kata, "saya tak buat  cik,cik buat macam ni, Allah Taala reput kaki cik. saya doa Allah reput kaki cik." Budak tu marah laa.. Dia kata "masa tu dia terfikir juga tapi tak la ambik berat sangat. Tapi budak ni kelihatan baik. Selepas daripada itu, 15 ke 16 tahun apabila penyakit ni datang pada saya, saya teringat, saya takut ini adalah kemustajaban doa budak tu dulu. Apa yang budak tu kata, saya ingat budak tu main-main jer." Ini satu cerita yang berkaitan dengan tajuk sebagai teladan bersama.

Tapi kita dalam hayat ni begitulah, kadang-kadang orang yang kita zalim dan kita hina, dah lama dah, 20 tahun cerita tu. Kita pun tak ingat, sebahagian mereka dah mati pun. Tapi Allah Haiyul Qoiyum, Maha Hidup dan Maha Berdiri, Ia tidak mati, Ia sedang menunggu hari untuk memberikan pembalasan yang secukupnya kepada kita. Sehingga pada hari kita dibalas, terasa benar kesakitan itu.

Sebab itu, kebanyakkan dari kita yang ada kedudukan atau jawatan, jagalah benda ni. Orang arab kata, "Orang yang kena zalim dan kita yang zalim ni balik tidur lena, tak ingat pun muka dia, tapi orang yang kena zalim tak lena mata dia, dia letak kepala atas bantal, dia masih lagi ingat perkataan kita, cara kita buat dekat dia, teringat-ingat dia, dia bangkit, dia kata, "Ya Allah, dia zalim aku Ya Allah, balas dekat dia Ya Allah." Kita pun tak tahu dia doa, kita kadang-kadang tengok selekehnya mamat tu, tapi oleh kerana dia orang yang kena zalim, ada peruntukan untuk dia untuk Allah mustajabkan doa dia. Sama ada dia lebai atau dia tidak lebai, sama ada dia kuat ibadat atau dia tidak kuat ibadat. Tapi dia orang yang kena zalim, berhak untuk doa dia Allah terima dan Allah SWT. menunggu untuk membalas kepada kita, sekalipun kita orang yang soleh pada zahirnya. Mungkin imam di masjid ataupun ustaz ke guru ke ajk ke yang berjawatan ke, kita zalim satu hamba Allah, dia tak tahu apa, kena dekat dia, bukan bererti "alaa aku tok imam takkan tuhan nak ambik tindakan kat aku." Kau ingat apa. Begitulah.





Pesanan dari saya,
Elakkanlah perkara seperti ini. Abu Bakar As-Siddiq ra.. Ada satu hari orang minta tolong pada dia, dia tak mahu tolong, dia khalifah masa itu. Sikit masa, duduk sekejap, dia nampak orang itu nak pergi, dia kata, "panggil dia datang balik." Orang tu pun datang balik, "macam mana tadi, masalah tadi?" dia nak tolong la. Pelikkan tadi tak mahu tolong. Orang tu kata, "tadi kau tak nak tolong", dia kata, "aku pun pikir, pada hari aku berdiri di hadapan Allah, jika aku minta tolong pada Dia, Dia tak mahu tolong, pada siapalah aku nak harapkan? aku tolonglah hamba-hamba Dia. Mudah-mudahan Dia menolong aku di hari aku susah nanti."

Subhanallah. Hubungkait manusia dengan hari kiamat sangat mustahak. Sebab itu gagalnya pendidikan moral apabila dia cuba menjadikan warga yang berdisiplin tetapi terpisah dia pada hari kiamat. Manusia ini sekadar nak jadi disiplin untuk dirinya sekadar diatas dasar cinta negara, bolehlah, tapi bagi kadar-kadar tertentu, selagi mana dia tidak dicabar dengan cabaran yang besar. Orang nak bagi seribu, dia tak ambil la rasuah ni, "tak boleh saya kena jadi pekerja yang baik." Tapi kalau juta-juta, "eh, orang lain ambil juga." Yang tinggal kekal ialah masalah keimanan pada hari kiamat. Mudah-mudahan Allah Taala selamatkan kita dalam hal ini.


Sunday, 23 November 2014

Kisah : Memberontak dan ingin mencuba

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,


Bersambung,

Masa tingkatan 5 selepas habis SPM, bermulalah kebebasan dalam berhibur, bersuka ria dan berjumpa dengan benda baru. Masa ni start kerja dulu di Parkson Alamanda sebagai promoter product kasut jenama Ciano. Kat sini saya bekerja dengan kawan sekolah saya, nama Nur Hazwani Abu Kasim juga sebagai promoter kasut Ciano. Dari sinilah tahu perempuan/lelaki ni ada yg cerewet dlm cari saiz kasut diaorg. Kerenah manusia dari yg muda smpai la ke yg tua. mcm-mcm. belajar byk benda juga waktu ni. cara nk bergaul, cara nk bodek, cara nk layan, cara nk bermesra, cara nk phyco org. Tp dlm satu department kasut tu ada byk jenama, jd promoter dia juga lain-lain. Wanie budak 11, Syiqin, Dhia dgn Udin (Sembonia), Nadia dgn Fang (Scholl), dan Azizah dgn Syafiq (Snowfly). Mcm-mcm hal kitaorg buat. Ni ada 3 shift ( Pagi, Malam or Full). Kerja selama 5 bulan.

Okay bermula,

Waktu ni mcm-mcm benda kita cuba, kalau boleh nk cuba semua sekali. Mungkin boleh dikatakan Zaman Kegemilangan Remaja. Pergi sana pergi sini, buat itu buat ini, cuba la segala macam. Ibarat anak kambing terlepas dari kadang, habis semua melata ruang dia nak lari. Diri semakin terlalaikan dek dunia yg semakin memanggil dengan pengaruh semasa. Sedang diri jauh sekali kepada Sang Pencipta dan akhirat diselaputi/ditutupi/dibelenggu dengan keghairahan dunia. Jasad ibarat sedang berada di awang-awangan menanti masa untuk berseronok. Dunia luar ni, mcm-mcm perangai manusia kita jumpa. Ada yg suka minum, ada yg  kaki perempuan, ada yg xde matlamat hidup, ada yg stress kerana kesusahan hidup. Mati akal la kalau lepak dgn diaorg ni semua. Yang lain biarlah rahsia. 

Tammat.

Terbuka Pintu Dunia





Pesanan dari saya,
Walau apa pun kisah atau perjalanan atau haluan atau pengalaman kita di masa lalu. Keep move on. Layan jer semua benda tu. Masa yang telah berlalu. bertaubatlah, masa yang mendatang berharaplah, masa sekarang!, berbuatlah kebaikan. tinggalkanlah keburukkan. kitakan hamba Tuhan.  

Boleh dikatakan salah satu cara mendidik anak.

"Hidup manusia ibarat seperti menanak beras. Dalam periuk nasi, masuk beras, tuang air(Ketika bayi), panaskan(Dalam masa membesar), mendidih(Remaja memberontak), buka penutup sikit(Bagi ruang dan berpesan), dah turun mendidih(Ada masa remaja akan down, jatuh habis), tutup penutup semula(Bagi atau tembak padu punya), baru jadi nasi yg sedap dimakan(Remaja yg sudah dewasa)
tp kalau waktu mendidih(Remaja memberontak), terus dibiarkan mendidih tanpa dibuka penutup dia(Terus memberontak dan rasa diri tidak disayangi), rosak la nasi yg kita masak(Remaja yg sudah dewasa)."
-Hamba Allah