Assalamualaikum wbt.
Bismillah,
Bersambung,
Masa tingkatan 5 selepas habis SPM, bermulalah kebebasan dalam berhibur, bersuka ria dan berjumpa dengan benda baru. Masa ni start kerja dulu di Parkson Alamanda sebagai promoter product kasut jenama Ciano. Kat sini saya bekerja dengan kawan sekolah saya, nama Nur Hazwani Abu Kasim juga sebagai promoter kasut Ciano. Dari sinilah tahu perempuan/lelaki ni ada yg cerewet dlm cari saiz kasut diaorg. Kerenah manusia dari yg muda smpai la ke yg tua. mcm-mcm. belajar byk benda juga waktu ni. cara nk bergaul, cara nk bodek, cara nk layan, cara nk bermesra, cara nk phyco org. Tp dlm satu department kasut tu ada byk jenama, jd promoter dia juga lain-lain. Wanie budak 11, Syiqin, Dhia dgn Udin (Sembonia), Nadia dgn Fang (Scholl), dan Azizah dgn Syafiq (Snowfly). Mcm-mcm hal kitaorg buat. Ni ada 3 shift ( Pagi, Malam or Full). Kerja selama 5 bulan.
Okay bermula,
Waktu ni mcm-mcm benda kita cuba, kalau boleh nk cuba semua sekali. Mungkin boleh dikatakan Zaman Kegemilangan Remaja. Pergi sana pergi sini, buat itu buat ini, cuba la segala macam. Ibarat anak kambing terlepas dari kadang, habis semua melata ruang dia nak lari. Diri semakin terlalaikan dek dunia yg semakin memanggil dengan pengaruh semasa. Sedang diri jauh sekali kepada Sang Pencipta dan akhirat diselaputi/ditutupi/dibelenggu dengan keghairahan dunia. Jasad ibarat sedang berada di awang-awangan menanti masa untuk berseronok. Dunia luar ni, mcm-mcm perangai manusia kita jumpa. Ada yg suka minum, ada yg kaki perempuan, ada yg xde matlamat hidup, ada yg stress kerana kesusahan hidup. Mati akal la kalau lepak dgn diaorg ni semua. Yang lain biarlah rahsia.
Tammat.
Terbuka Pintu Dunia
Pesanan dari saya,
Walau apa pun kisah atau perjalanan atau haluan atau pengalaman kita di masa lalu. Keep move on. Layan jer semua benda tu. Masa yang telah berlalu. bertaubatlah, masa yang mendatang berharaplah, masa sekarang!, berbuatlah kebaikan. tinggalkanlah keburukkan. kitakan hamba Tuhan.
Boleh dikatakan salah satu cara mendidik anak.
"Hidup manusia ibarat seperti menanak beras. Dalam periuk nasi, masuk beras, tuang air(Ketika bayi), panaskan(Dalam masa membesar), mendidih(Remaja memberontak), buka penutup sikit(Bagi ruang dan berpesan), dah turun mendidih(Ada masa remaja akan down, jatuh habis), tutup penutup semula(Bagi atau tembak padu punya), baru jadi nasi yg sedap dimakan(Remaja yg sudah dewasa)
tp kalau waktu mendidih(Remaja memberontak), terus dibiarkan mendidih tanpa dibuka penutup dia(Terus memberontak dan rasa diri tidak disayangi), rosak la nasi yg kita masak(Remaja yg sudah dewasa)."
-Hamba Allah
No comments:
Post a Comment