Assalamualaikum wbt.
Bismillah,
INGATLAH
Kita semua perlu ingat yang semua makhluk ciptaan Allah akan mati. Tidak ada satu zarah makhluk pun akan terlepas dari kematian ini kerana Allah telah berfirman di dalam Al Quran setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dari sebesar-besar makhluk sampailah sekecil-kecil makhluk. Ingatlah kita akan mati pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.
INGATLAH
Setelah roh kita ditarik dari jasad yang selama ini kita pinjam dari Allah swt, kita semua akan dihantar ke alam barzakh yang seterusnya untuk kita menanti masa untuk berkumpul di satu kawasan yang sangat luas yang dipanggil masyar. Disini bermulanya soal jawab bersama Allah yang disaksikan oleh Allah, rasul-rasul, nabi-nabi, malaikat-malaikat, manusia dari umat nabi adam sampailah umat nabi muhammad, jin-jin dan setiap makhluk ciptaan Allah swt.
INGATLAH
Di masyar pula kita akan dikumpulkan dan disinilah bermulanya sesi soal jawab bermula, timbangan amalan bermula, tuntutan demi tuntutan bermula. Pada masa ini tidak ada satu perkara pun akan terlepas dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara yang kita semua lakukan didunia dahulu. Dan tidak ada satu makhluk pun yang akan merasakan dirinya terinaya. Pada masa ini mahkamah Allah adalah Mahkamah yang Maha Adil.
INGATLAH
Syurga dan neraka itu adalah benar, syurga dan neraka itu wajib diyakini oleh orang yang beriman. Pada hari itulah kesemua manusia akan melihat sendiri dengan mata dan kepala mereka syurga dan neraka yang mereka rasakan ianya adalah satu cerita dongeng yang pernah didengari semasa hidup di dunia dahulu. Pada hari itu Allah akan menunjukkan segala kekuasaanNya yang Maha Dasyat kepada semua makhluk ciptaanNya. Pada hari tersebut kesemua makhluk ciptaanNya gementar dan takut melihat Kekuasaan Allah.
INGATLAH
Orang yang diberikan Rahmat oleh Allah akan dimasukan ke dalam syurga Allah dengan panggilan-panggilan yang lembut. Orang yang dicampakkan ke neraka akan dipanggil dengan pangilan yang amat menyeramkan, begitulah suasana di masyar nanti. Kesemua manusia pada ketika itu akan mendapat bahagian masing-masing atas usaha yang dilakukan semasa di dunia dahulu. Beruntunglah bagi mereka yang mensucikan dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.
INGATLAH, INGATLAH, INGATLAH
No comments:
Post a Comment