Tuesday, 30 September 2014

Tangan kiri ke kanan ? Makan, Minum dan Doa

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,



JANGAN MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KIRI

Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:

“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (HR Muslim).

Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya dapat difahami oleh orang yang menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.

Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.


Malangnya, masih ada yang makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini dilarang oleh Nabi s.a.w dan ditegaskan ia menyamai cara syaitan.




Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Tiada suatu wadah pun yang diisi oleh Bani Adam lebih buruk dari perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari, baiklah sepertiga(dalam­ perut) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya."


(HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya yang bersumber dari Miqdam bin Ma'di Kasib)

Berkenaan doa makan pula, tidak ada doa makan yang khusus. Riwayat yang sahih hanya membaca Bismillah sebelum makan atau minum.

Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi SAW berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu.

(HR Bukhari dan Muslim)


Tuesday, 23 September 2014

Si Buta

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,




ADA 3 ORANG BUTA YG BERTENGKAR TENTANG GAMBARAN SEEKOR GAJAH.


MASING2 MENDAKWA MEREKA SANGAT MENGENALI RUPA GAJAH,

DAN TELAH MERASA SERTA MEMEGANG TUBUH GAJAH,

MALANGNYA MEREKA MEMEGANG ANGOTA2 YG BERLAINAN.

YG SEORANG MENDAKWA BAHAWA GAJAH INI BESAR,
KERANA DIA TERPEGANG PERUT DAN BADAN GAJAH,

YG SEORANG MENDAKWA BAHAWA GAJAH INI PANJANG DAN BULAT,
KERANA DIA TERPEGANG AKAN BELALAI GAJAH,

DAN YG SEORANG LAGI MENYATAKAN BAHAWA GAJAH INI LEBAR DAN NIPIS,
OLEH KERANA DIA TERPEGANG AKAN TELINGGA GAJAH.

YG SEBENARNYA KETIGA2 ORANG BUTA INI TIDAK PERNAH MENGENALI RUPA GAJAH YG SEBENAR2NYA.
MEREKA HANYA MENDAKWA TENTANG APA YG MEREKA TAHU DAN CUBA UNTUK MEMPERTAHANKAN NYA.

BEGINILAH NASIB UMAT ISLAM HARI INI.
MEREKA TIDAK MENGENALI ISLAM SECARA KESELURUHAN,
MEREKA BETENGKAR DALAM HAL2 RANTING DIDALAM ISLAM.
SEDANGKAN BAB YG PALING PENTING TIDAK DIAMBIL PEDULI.

TERUTAMA BAB AKIDAH, BAB IMAN, DAN SIFAT MAZMUMAH.
YG MANA HAL INI AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL DAN KEBAIKAN YG MEREKA LAKUKAN.

MEREKA LEBIH YAKIN PADA HARTA, KEKUATAN, SIJIL, KEPANDAIAN YG AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN MEREKA DARI PADA YAKIN PADA ALLAH.
MEREKA MENCINTAI DUNIA MELEBIHI CINTANYA PADA AKHIRAT.
YG MENJAGA IBADAH PULA PENUH DENGAN SIFAT2 MAZMUMAH DIDALAM DIRI.
YG MANA SIFAT2 INI AKAN MEMBATALKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN YG MEREKA LAKUKAN.

MARILAH KITA MENGENALI ISLAM SECARA MENYELURUH,
DAN MASUKLAH KEDALAM ISLAM SECARA MENYELURUH,
JADIKAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP SECARA KESELURUHAN,
JADILAH HAMBA ALLAH SECARA KESELURUHAN,

PERGUNAKANLAH DUNIA INI UNTUK MENGEJAR AKHIRAT,
BUKAN DUNIA SEPARUH, AKHIRAT SEPARUH,
BUKAN HAMBA ALLAH SEPARUH YG SEPARUH LAGI HAMBA DUNIA DAN HAMBA NAFSU.

MARILAH KITA MENJADI MANUSIA YG CELIK DAN BERILMU,
MENGIKUT KETETAPAN AL QURAN DAN SUNNAH NABI SAW.
BUKAN MANUSIA YG BUTA, MEMEGANG ISLAM MENGIKUT YG BERSESUAI DENGAN NAFSU2 KITA.

Monday, 1 September 2014

Rukun Iman

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,

Enam Rukun Iman:

1.Beriman kepada Allah SWT.
2.Beriman kepada Para Malaikat
3.Beriman kepada Kitab
4.Beriman kepada Rasul
5.Beriman kepada Hari Akhirat
6.Beriman kepada Qada' dan Qadar

Apabila kita bertanya tentang rukun iman, mereka boleh menjawap jumlah rukun iman dengan tepat, ikut susunan lagi, tp ramai orang tersalah sangka yg sebenarnya rukun iman bukanlah dengan hanya menghafal susunannya sahaja dan dgn mudah sudah dikira beriman.

Iman merupakan asas utama untuk memastikan amalan kita diterima Allah. Tanpa iman, akidah akan rosak dan amalan akan jadi sia-sia. Pembentukan iman berpunca dari kefahaman beragama, kefahaman akan datang dari sumber ilmu yg betul. Ilmu yang benar dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. yg akan mengubah matlamat untuk mengejar akhirat. Apabila faham, akan timbullah keyakinan. Keyakinan itulah yg dipanggil iman. Orang yg beriman pasti akan jaga ibadahnya, tetapi orang yg beribadah belum tentu beriman. Sebab itu ramai ahli ibadah yg masih cintakan dunia melebihi cinta kepada akhirat.

Suka saya ambik contoh yg guru saya bagi, 
"Mengumpul pahala dgn melakukan ibadah ibarat baju yg telah digosok rapi, tp penyangkut baju tidak ada yakni iman. Jadi sia-sia semuanya."
-Pagpk Paradon



Iman itu adalah pengucapan dengan lidah kemudian tasdiq iaitu iktikad (percaya) dengan hati dan terakhir sekali beramal dgn anggota, iman bertambah dgn melakukan ketaatan serta berkurang dgn melakukan maksiat.

Blog yg seterusnya, Insya Allah saya akan masukkan penerangan tentang setiap satu rukun iman tersebut. =)