Assalamualaikum wbt.
Bismillah,
Enam Rukun Iman:
1.Beriman kepada Allah SWT.
2.Beriman kepada Para Malaikat
3.Beriman kepada Kitab
4.Beriman kepada Rasul
5.Beriman kepada Hari Akhirat
6.Beriman kepada Qada' dan Qadar
Apabila kita bertanya tentang rukun iman, mereka boleh menjawap jumlah rukun iman dengan tepat, ikut susunan lagi, tp ramai orang tersalah sangka yg sebenarnya rukun iman bukanlah dengan hanya menghafal susunannya sahaja dan dgn mudah sudah dikira beriman.
Iman merupakan asas utama untuk memastikan amalan kita diterima Allah. Tanpa iman, akidah akan rosak dan amalan akan jadi sia-sia. Pembentukan iman berpunca dari kefahaman beragama, kefahaman akan datang dari sumber ilmu yg betul. Ilmu yang benar dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. yg akan mengubah matlamat untuk mengejar akhirat. Apabila faham, akan timbullah keyakinan. Keyakinan itulah yg dipanggil iman. Orang yg beriman pasti akan jaga ibadahnya, tetapi orang yg beribadah belum tentu beriman. Sebab itu ramai ahli ibadah yg masih cintakan dunia melebihi cinta kepada akhirat.
Suka saya ambik contoh yg guru saya bagi,
"Mengumpul pahala dgn melakukan ibadah ibarat baju yg telah digosok rapi, tp penyangkut baju tidak ada yakni iman. Jadi sia-sia semuanya."
-Pagpk Paradon
Iman itu adalah pengucapan dengan lidah kemudian tasdiq iaitu iktikad (percaya) dengan hati dan terakhir sekali beramal dgn anggota, iman bertambah dgn melakukan ketaatan serta berkurang dgn melakukan maksiat.
Blog yg seterusnya, Insya Allah saya akan masukkan penerangan tentang setiap satu rukun iman tersebut. =)
No comments:
Post a Comment