Assalamualaikum wbt.
Bismillah,
JANGAN MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KIRI
Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yang paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yang nyata dan adab yang tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:
“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (HR Muslim).
Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yang hanya dapat difahami oleh orang yang menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.
Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yang jelas kelihatan bagi orang muslim.
Malangnya, masih ada yang makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yang menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yang minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini dilarang oleh Nabi s.a.w dan ditegaskan ia menyamai cara syaitan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Tiada suatu wadah pun yang diisi oleh Bani Adam lebih buruk dari perutnya. Cukuplah baginya beberapa suap untuk menguatkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari, baiklah sepertiga(dalam perut) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya."
(HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya yang bersumber dari Miqdam bin Ma'di Kasib)
Berkenaan doa makan pula, tidak ada doa makan yang khusus. Riwayat yang sahih hanya membaca Bismillah sebelum makan atau minum.
Daripada Umar bin Abi Salamah katanya: Sewaktu aku kecil di bawah jagaan Nabi SAW tanganku sentiasa berlegar sekeliling talam (untuk mendapatkan makanan dan lauk). Nabi SAW berkata kepadaku: Wahai anak, sebut nama Allah (baca bismillah), makan dengan tangan kananmu dan makanlah (ambillah makanan) yang hampir denganmu.
(HR Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment