Wednesday, 31 December 2014

Maaf

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,

Pada pertengahan malam yang tenang ini saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada si pembaca, YA! yang tengah baca ini. Tidak kira kita kenal antara satu sama lain ataupun tidak. Tidak kira kita baru berkenalan atau sudah lama. Tidak kira apa gelaran kamu sekalipun. Tidak kira dimanapun kamu berada. Tidak kira kamu yang rapat atau tidak dengan saya. Tidak kira apa kenangan antara kita.

Saya, Sheikh Ahmat Bukhari Bin Sheikh Allaudin, ingin memohon maaf atas segala perbuatan salah dan silap yang menyentuh qalbu mana mana pihak dan sesiapa saja yang merasai tempiasnya.
Ya, saya mengaku bahawa saya banyak menimbulkan kesalahan dan kesilapan yang berbentuk perbuatan, perilaku, kata-kata, dan pelbagai lagi. Secara berdepan mahupun dari belakang.
Atas kesalahan ini, saya memohon dengan sedaya mampu agar kamu dapat memaafkan segalanya.

Sekali lagi saya memohon maaf kepada kamu atas segala salah dan silap yang saya zahirkan mahupun batinkan. Dan maaf juga kerana masih tiada kemampuan untuk menyatakan maaf ini secara peribadi. Serta halalkan makan dan minum, halalkan segala-galanya.
Apakah masih ada hari esok ?
Apakah masih ada malam nanti ?
Apakah masih ada kejap lagi ?












Selagi masih punya modal (nyawa) atas keEsaanNya, saya yang cuma seorang hamba abdi, sekali lagi, memohon ampun maaf atas segala salah dan silap sepanjang usia berpaut pada badan.


Saya tak lari daripada melakukan kesilapan dan pasti ada mengguris hati siapapun tanpa sedar. Terutamanya Ibu Bapa, Adik Beradik, Saudara Mara, Ahli Keluarga, Guru Guru, Sahabat Sahabat, dan tak lupa semua kenalan yang mengenali saya. Saya juga memaafkan kamu dalam semua perkara antara sedar atau tidak sedar.

Dan jika ada sebarang perkara yang mahu dituntut, mohon agar ianya dilunaskan secepat yang mungkin. Tidak dengan saya, tuntutlah dengan keluarga saya kerana takut dek ajal ini menjemputku dulu.
Jika ada hutang yang mengikat pinggang, bantulah saya menyelesaikan hutang tersebut dengan memastikan saya sedar kesemua hutang yang ada.

Akhir kata, saya berterima kasih kepada semua atas kemaafan yang diberi, segala perkara yang dikongsi dalam pelbagai bentuk; dari segi benda, ilmiah, dll.
Dengan harapan segala nya dapat diselesaikan selagi bulan berpaksikan orbit yang mengelilingi bumi dan selagi matahari berada di timur.

Pesanan. Jaga diri, Jaga Ibadah, carilah Iman dan Taqwa ya. Berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah walaupun kamu terpaksa menggenggam bara-bara api sekalipun, jangan pernah melepaskan dua benda tinggalan kekasih Allah dan kekasih umat ini, iaitu Nabi Muhammad saw.. Sesungguhnya beliaulah contoh terbaik buat semua orang (umat akhir zaman) dalam semua perkara.

Alhamdulillah kerana ditemukan dengan kalian semua. Saya sayang kamu kerana Allah.

InsyaAllah.

Friday, 26 December 2014

Aurat

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,


Pada hari ini saya akan kongsikan tentang aurat. Saya kongsi mana yang saya tahu. Jadi maaf kalau ada salah dan silap atau tidak sependapat. Ada khilaf itu bermaksud para ulamak atau fukohah berbeza pendapat dalam mentafsir sesuatu ayat Al-Quran atau Hadis. Jadi kita boleh ambil mana-mana sahaja pandangan. Aurat ini sama ada di dalam solat atau diluar solat. Allahu'Alam.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”
(Riwayat Muslim no. 3971)


Hadis ini membawa maksud, para wanita yang menutup auratnya tetapi masih nampak bentuk tubuh badannya.

Termasuk sanggul yang mana boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.

Wanita seperti ini pasti akan ke neraka.

Tambahan pula wanita yang menutup aurat,
tetapi berniat ingin menunjuk-nunjuk akan kecantikannya,
atau barang perhiasan nya,
atau dengan bau-bauan nya,
atau yang menarik perhatian dengan lenggok manja serta jalannya,
atau yang dengan alat soleknya,
ia ini tabarruj...
Sudah pasti akan ke neraka.
Bagaimana pula yang tidak mahu menutup aurat dan dengan sengaja menarik perhatian orang lain
dan yang mengiurkan para lelaki yang memandang nya...Ketika seorang wanita semakin berani memperlihatkan auratnya, ketika itu semakin tipislah rasa malu yang seharusnya menghiasi keindahan dirinya.
Pasti.. pasti.. pasti..
akan ke neraka, jika tidak sempat bertaubat sebelum mati.



Aurat lelaki,

Dari pusat ke lutut.

Adakah peha aurat?
Ada khilaf kerana ada sahabat nampak peha Nabi ketika perang. ada sahabat nampak Nabi selak kain sampai ternampak pehanya.Tapi ada yang berpendapat itu bukan peha tapi sebenarnya betis. Kesopanan yang terbaik tidak perlu dedah peha.

Aurat Perempuan,

Ada khilaf ulamak.
-Seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
-Dalam Mazhab Abu Hanifah, diluaskan kecuali muka, pergelangan tangan dan kaki dari buku lali ke bawah.

Adakah dagu aurat?
Ada khilaf
-tengkuk aurat tapi dagu dari padangan depan adalah sebahagian daripada muka.
-dagu aurat dari pandangan bawah..

-Untuk MAHRAM, boleh buka kepala, boleh buka lengan sampai siku, boleh nampak kaki dari buku lali ke bawah, sehingga betis sedikit dimaafkan. Itu sahaja.
Ada maksud dari surah An Nuur ayat 31, kerana didalamnya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada:

suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,

anak-anak mereka,
anak-anak tiri mereka,
saudara-saudara mereka
anak-anak saudara lelaki mereka,
anak-anak saudara perempuan mereka,
wanita-wanita islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Jadi yang dimaksudkan dengan perhiasan adalah tempat biasa wanita memakai perhiasan seperti rantai, subang telinga, gelang tangan dan gelang kaki. Adakah ada yang memakai perhiasan pada peha, bawah ketiak, punggung dan payudara? Tidak! Jadi ia adalah aurat. 

Jadi bahagian yang lain tidak boleh diperlihatkan kecuali pada suaminya.

-Dengan PEREMPUAN SESAMA ISLAM
Sebenarnya sama sahaja seperti mahram kalau mengikut dari Surah An Nuur ayat 31. 
Bukan dari pusat hingga lutut! tapi berdasarkan pakaian yang biasa iaitu pakai baju dan seluar panjang. Kalau seluar pendek hingga ke betis masih boleh diterima tapi jangan pendek sehingga ke peha takut-takut menaikkan syahwat.

-Dengan PEREMPUAN BUKAN ISLAM,

Ada khilaf ulamak.
-Keseluruhan kecuali muka dan pergelangan tangan.
-Boleh buka kepala, boleh buka lengan sampai siku, boleh nampak kaki dari buku lali ke bawah.. Dimaafkan pada syarak.

-Dengan IPAR / SEPUPU, seluruhnya kecuali muka dan pergelangan tangan.


Wednesday, 24 December 2014

Maksud Azan

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,

Maksud azan untuk di hayati....

Allah maha besar....
Allah maha besar....
Allah maha besar....
Allah maha besar....
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan lain yg selayaknya untuk di sembah selain Allah...
(2x)
Aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah...
(2x)
Marilah mengerjakan sembahyang....
Marilah mengerjakan sembahyang....
Marilah menuju kejayaan...
Marilah menuju kejayaan....
Allah maha besar....
Allah maha besar....
Tiada tuhan lain selain Allah....



MENDALAMI MAKSUD AZAN.
1- Empat kali laungan awal menyatakan Allah maha besar... Allah maha besar.
Nak menyatakan tiada satu apa pun di dunia ini yg boleh menandingi akan kebesaran Allah swt.
Kekuatàn makhluk...
kepandaian akal fikiran...
Harta benda serta segala bentuk kemewahan...
Pangkat serta apa pun juga darjat makhluk...
Tidak satu pun yg mampu bersaing atau menandingi Allah swt.
2- Seterusnya ikrar lidah menyatakan bahwa..
tiada mana2 tuhan yg benar2 layak untuk disembah kecuali Allah swt.
Tuhan yg menjadikan Alam semesta.
3- Seterusnya ikrar lidah menyatakan bahawa nabi Muhammad saw itu...
Benar2 seorang rasul yg perlu diikuti dan perlu dipatuhi akan ajaran nya.
Serta perlu dijadikan contoh atau idola didalam penghidupan.
4- Seterusnya menyeru serta mengajak manusia agar mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.
Kerana solat itu merupakan tiang agama yg perlu dipertegak kan.
5- Dan yg terakhir sekali, Merupakan maksud serta keperluan tiap manusia.
Mengajak serta menyeru manusia agar mencari kejayaan didalam hidup di dunia dan di akhirat.
Kejayaan yg sebenar serta yg hakiki.
Diantarà syarat utama untuk mendapatkan kejayaan yg besar ini adalah...
- Yg paling utama sekali membesarkan Allah...
- Seterusnya ikrar lidah serta dilakukan dgn perbuatan akan kalimah syàhadah.
- Seterusnya ikut cara nabi saw. (Sunnah nya)
Jadikan nabi saw sebagai idola didalam penghidupan seharian
- Dan seterusnya dirikan solat 5 waktu sehari semalam.
INILAH ANAK KUNCI KEJAYAAN YG HAKIKI.
Allah swt ajarkan kepada kita melalui laungan azan.
Janji Allah itu pasti..
Allah swt tidak mungkin akan memungkiri akan janjinya.
6- Seterusnya laungan membesarkan Allah swt dilakukan 2x lagi, sebelum penutup azan.
Sebagai mengingati kita semua akan maha hebatnya Allah.
dan masuk kan betul2 kedalam hati,
bahawa Allah swt sememang nya sangat2 berkuasa.
7- Dan seterusnya ditutup dengan kalimah tauhid.
Menafikan semua makhluk lain yg layak untuk dijadikan tuhan.
Atau lebih diberikan perhatian.
Atau lebih dimuliakan.
Atau lebih dibesarkan.
Atau lebih ditakuti
Atau lebih dihormati.
Atau lebih dipatuhi.
Atau untuk dijadikan apa2 tujuan.
Selain Allah swt yg maha gagah lagi maha pencipta.
Allah maha pengatur seluruh Alam semesta.....

Sunday, 21 December 2014

Wahai Pengguna Sosial Media, Bahagia Itu Biar Kita Sahaja Yang Rasa

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,
Hari ini saya kongsikan satu cerita antara banyak-banyak cerita. Sungguh berbeza antara dulu dan sekarang, sekarang dan akan datang. Akan datang?? (Senyum).


Hari minggu, mama mengajak semua anaknya balik ke rumah. Reunion. Lapan orang anak. Semua dah besar panjang, dah ada kerjaya, ada keluarga.
Nasib baiklah, sebahagiannya kerja tidak jauh, sekitar ibu kota saja dan sebahagian lagi sejam dua perjalanan saja balik kampung.
Berkumpullah sekeluarga. Makan-makan. Gelak ketawa bersama. Lepas makan, semua duduk di ruang tamu.
Mama ajak semua duduk keliling dia. Mama ambil dua tiga album lama. Buka dan tunjukkan semua gambar pada anak-anak dan cucu-cucu.
Ada yang tergelak tengok gambar lama, ada yang menangis tengok gambar arwah abah. Semua tu kenangan.
Album gambar dulu-dulu lebih mengamit kenangan peribadi kita. [Paisley]
Album gambar dulu-dulu lebih mengamit kenangan peribadi kita. [Paisley]
Sambil-sambil belek gambar lama, mama bersuara,
“Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Album gambar macam ni dah lapuk. Ketinggalan zaman. Semua album sekarang dalam henfon, komputer.
Digitalkan semua. Gambar-gambar dulu semua original, tak ada edit-edit. Sekarang, susah nak beza. Kadang-kadang tak cam tu ahli keluarga sendiri.”
Kami senyum saja dengar. Memang zaman dah berubah.
“Mama tengok di internet. Dengan tab yang kamu semua belikan tu. Mama jadi hairan.
Contohnya, orang muda yang baru saja bernikah setahun dua. Ada anak kecil seorang dua. Rata-rata mereka tulis tentang kebahagiaan pernikahan mereka. Sebarkan tentang kebahagiaan mereka.
Malahan, bangga dan kagum. Mama terfikir, usia pernikahan baru menginjak setahun dua, masih terlalu awal untuk simpulkan bahagia. Orang lain pun kahwin juga, perjalanan masih jauh hidup berumahtangga.
Tak diduga pun lagi dengan kepayahan besarkan anak, anak nak sekolah, anak nak masuk universiti, anak sakit kritikal, anak kemalangan, suami buat hal, bergaduh sampai nak bercerai, anak-anak terlibat kes juvana dan macam-macam lagi.
Awal-awal, memang manis. Semuanya sweet. Tapi, ingat. Di setiap kemanisan, adanya ujian.
Setiap kebahagiaan yang bangga ditayang, jangan disangka Allah tidak akan berikan dugaan demi dugaan.”
Kami cuba mencelah,”Tapi, mama, kami cuma nak orang lain pun rasa gembira. Nak ajak orang muda segera berumahtangga..”
Mama senyum.
“Niat tu baik. Tapi bagi mama, bahagia itu biarlah kita saja yang rasa. Macam kita tengah tengok gambar-gambar sekarang ni, yang teruja dan gembira hanyalah kita. Sebab, kita saja yang melalui dan mengerti.
Sedangkan di luar sana, ada macam-macam jenis orang. Ada yang tumpang gembira, ada yang cemburu, ada yang sakit hati, ada yang meluat, ada yang benci.
Kita pun tidak suka bila gambar-gambar kebahagiaan kita jadi buah mulut orang yang benci. Jadi tohmahan dan fitnah. Ingat, ramai yang suka kita, ramai juga yang tak suka kita.”
Kami anggukkan saja. Antara setuju dan tidak.
“Mama cuma nak ingatkan anak-anak dan cucu-cucu. Mama tak larang, sebab ini zaman kamu. Bukan lagi zaman mama.
Misalnya, hari ini kamu canangkan di laman sosial, “Bahagianya cinta lepas nikah” dengan gambar kamu dan isteri terpapar megah.
Kemudian, Allah uji pernikahan kamu tu dengan salah faham dan perkelahian.
Akhirnya, bercerai di usia muda. Masa tu, cuba kamu fikir silapnya di mana? Jangan salahkan takdir. Tapi, kerana kita kadang-kadang terlampau seronok, gembira, kita rasa kita buat tu semuanya betul.
Kita lupa Allah sedang memerhati dan menilai.
Kita lupa di dunia ini, Allah tidak penat menduga.
Kita saja yang sentiasa tersungkur diduga.
Bahagia yang sebenar-benarnya bahagia, hanya di akhirat sana.
Bahagia yang dirasai sekarang, fana dan sementara.
Orang-orang beriman, rasa bahagia diduga.”
Kami senyum, cium tangan dan pipi mama. Walaupun tidak sependapat, kadang-kadang pendapat orang tua perlu difikirkan.
Mereka sudah berada di hujung jalan dengan pelbagai kutipan liku-liku pengalaman. Sedang kita baru nak mulakan perjalanan.

Tuesday, 16 December 2014

Dakwah itu berat tapi ada manisnya

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,

Saya tak tahu nk mula dari mana dan nak akhir kemana. Moga tinta comot ini memberi manfaat pada semua.
Hari ini saya nak kita semua fikir. Fikir sedalam-dalamnya.
Saya nak bagi satu analogi.
Kita ni minat main lego. Satu hari tu kita terfikir, dapat ilham untuk mngembangkan bakat.
Kita pun rancang untuk bina satu bangunan, KLCC contohnya, menggunakan lego.(KLCC kot , bukan sembarangan )
Maka, projek kita bermula. Kita guna dengan lego yang kita ada. Tapi, hanya mampu bina tapak yang amat kecil. Jadi, kita pun berkorban harta beli lego baru. Masih tak cukup. Kita jalan keluar negara, cari lego yang amat berkualiti. Habis lagi duit. Habis tenaga setiap hari nak bina KLCC tu. Buat kerja setiap hari.
Dan akhirnya, selepas 5 tahun kumpul lego dan bina, hari ini kita cuma tinggal puncak sahaja yang perlu diletak. Kita naik tangga, pegang lego terakhir tu dan letakkan di puncak. Kita menjerit gembira!
"Yessss!! Usaha selama 5 tahun aku dah berhasil!"
Tiba-tiba (Suspens)
Adik kita datang. Dia pukul bangunan tu. Berkecai! Dia pijak-pijak pulak. Melompat-lompat dengan gembira. Dia menjerit
"yeay, dapat main dengan kakak!"
Apa perasaan kita waktu tu?
Sakit hati?
Bengang?
Marah?
Benci?
Usaha 5 tahun kot..
Apa yang kita nak buat?
Pukul?
Sepak?
Marah?
Atau bunuh?
Paling kurang kita akan pukul. Betul tak?
Siapa tak marah, kerja 5 tahun dihancurkan sekelip mata. Sekali libas je, hancur terus..
Teruknya kita.
Ok, dah puas baca analogi saya? Dah?



Kali ini, baca dengan mata hati! Kalau boleh menangis! (Sediakan tisu berpaket paket)
Rasulullah SAW telah diperintahkan Allah untuk membawa agama Allah. Menyebarkan agama Allah. Rasulullah SAW telah menerima wahyu di Gua Hira'. Selepas itu, baginda SAW terus menyampaikan ajaran Islam. Kumpul para sahabat, sehingga mampu bina tapak. Tapi amat kecil. Baginda buat kerja dakwah secara senyap.
Diperintah pula dakwah secara terangan. Ramai yang tolak! Rasulullah berkorban harta! Mengajak orang kenal Allah. Tapi, dakwah ditolak. Cuba berdakwah di Taif.
"Eh, kau ke Nabi? Kalau kau ni la pesuruh Allah, kami tak nak dengar. Nyah kau dari sini!" Reaksi penduduk Taif.
Baginda dibaling batu! Berdarah anggota badan Rasulullah. Keluar dari bandar Taif bersama Zaid.
Allahuakbar..
Nabi terbaring di sebuah kebun. "Allahummaghfirli ummati!" Ya Allah, ampunkan dosa umatku! Baginda keluar pula dari kota Mekah, berhijrah ke Yathrib. Yathrib ni tempat yang paling teruk. Orang tak nak pergi Yathrib. Kurma Yathrib tak laku. Tapi Rasulullah tetap pergi! Korbankan segala benda. Berpuluh tahun berusaha menyebarkan agama! Dakwah tanpa henti! Disebabkan pengorbanan Rasulullah, Islam naik ke puncak.
Islam berada di atas. Islam jadi kuat. Islam tersebar ke seluruh dunia! Semua hasil pengorbanan, darah, peluh, tenaga Rasulullah!
Ketika Islam sudah dipuncak, tiba-tiba kita datang. Hancurkan Islam sekelip mata!
Kita hancurkan Islam dengan bercouple!
Kita hancurkan Islam dengan tak solat!
Kita hancurkan Islam dengan mesej dengan ajnabi!
Kita hancurkan Islam dengan maksiat!
Kita hancurkan Islam dengan melanggar perintah Allah!
Agak-agak, apa perasaan Rasulullah? Penat-penat Rasulullah bina Islam berpuluh tahun. Kita datang, terus hancur!
Apa yang Rasulullah buat? Rasulullah marah kita ke?
TAK!
Apa Rasulullah buat?!
Allahummaghfirli ummati!
Allahummaghfirli ummati!
Allahummaghfirli ummati!
Rasulullah tak marah. Rasulullah minta diampunkan dosa-dosa kita! Kita hancurkan Islam yang dibina Rasulullah. Rasulullah tetap sayang umatnya.
Tak malu ke?
Tak malu ke?
Tak malu ke?
Buat maksiat lagi!
Ingatlah pengorbanan Rasulullah. Bertaubatlah. Sambung semula kerja Nabi! Kita bina semula Islam yang kita sendiri hancurkan. Bangkitlah Ummah!
Infiru! Taubat!
*Asiff jiddan emosi*
Moga bermanfaat

Friday, 5 December 2014

Sleep is minor of death

Assalamualaikum wbt.


Bismillah,

Today I will write in english and its a simple english. If there is some mistake in grammar or anything, I'm sorry. Haha..

We all know that every human being need some rest by sleep. So the question is why do you wake up in the morning? Who know what the dua is for when you wake up? We praise the king of kings, the One who gave me life after He gave me 'death'. So I'm not going to tell you what happened last week, I'll tell you what happened this morning. Every single one of you was dead. Who gave you life? Why? Why did Allah gave you life after He gave you death?

I seek refuge in Allah from the devil

In the name of Allah, The Most Grecious, The Most Merciful

IT IS ALLAH THAT TAKES THE SOULS [OF MEN] AT DEATH; AND THOSE THAT DIE NOT [HE TAKES] DURING THEIR SLEEP: THOSE ON WHOM HE HAS PASSED THE DECREE OF DEATH, HE KEEPS BACK [FROM RETURNING TO LIFE], BUT THE REST HE SENDS [TO THEIR BODIES] FOR A TERM APPOINTED VERILY IN THIS ARE SIGNS FOR THOSE WHO REFLECT.

AZ-ZUMAR, VERSE 42

I ask you all, did Allah give you life this morning because he need you to go to work? Did Allah give me life today, so that I can take the children to school? or did Allah give me life, maybe so I can go shopping and get the groceries for my wife, my mother, my father, my sibling? Did Allah give me life so I can collect more money? and buy a house, buy a bigger house, or maybe to buy a car. Why did Allah give me life after He gave me death?

You know, how many times do we honestly ask ourselves, why am I alive? what's the purpose? what's the call? Ya Allah what do You want from me? Why are You giving me life then giving me death, giving me life then giving me death? Then there will come a time, it will only be death. People say that "Sleep is the minor death and death is the major sleep." 

Ya Allah, why are You playing with my life like a yo yo, up and down. Life, death, life, death, what do You want? Allah says in one clear statement "WE DID NOT CREATE THE HUMAN NOR DID WE CREATE THE JINN EXCEPT FOR WORSHIP ME[ALONE]." (ADH-DHARIYAT, VERSE 56).
Allah created us for worship and it does not just mean salah but to know Allah, to glorify Allah, to undestand Allah, to praise Him, to worship Him, to call others to Him. This is my job, this is why Allah gave you life this morning after he gave you death.







My advice,
Put the trust to Allah 100% or even more if you can.
Why did Allah gave you life today? Answered by Imam Ghazali, "Because my sins are to many and Allah still allow me repent." 



Tuesday, 2 December 2014

Isteri Aku Ustazah, Suami Aku Lelaki Jahil Agama

Assalamualaikum wbt.

Bismillah,

Hari ini saya nak kongsi kisah yang menyentuh hati. Kisah ini dinukil dari sebuah Cerpen karya Unknown.


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap.

Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.

Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni.

Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.

Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut.

Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.”

Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya.

Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit.

Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.”

Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat.

Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu.

Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki.

Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak.

Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.”

Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay.

Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?”

Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak.

Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.

Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa.

Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.

Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?

Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir.

Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.”

Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini.

Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya.

Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar.

Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun.

Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.

“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..”

Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu.

Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak.

Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu.

Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan.

Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman.

Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat.

Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan.

Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah.

Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”

Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli.

Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.

“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “

Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.

Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha?

Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”

Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula.

Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….”

Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil.

Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.

Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah.

Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.

Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah.

Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)



Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.



Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi.

Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.

Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman.

Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu sekarang lain..

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video.

Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.

Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan.

Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.

Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.

Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.”

Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.”

Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along .

Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.

Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”

Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah.

Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…”

Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.”

Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum.

Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”

Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.

Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.

Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah.

Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis.

Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.

Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.”

Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”

Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.

Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di situ berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum.

Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor.

Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan.

Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.

“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”

Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.

Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat.

Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya.

Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.

Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.”

Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun.

Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal.

Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih.

Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti.

Pesanan dari saya,
Walau siapa pun kita, hanyut dan ke laut macam mana pun kita waima terjatuh dalam lembah apa pun kita, jangan berasa lelah untuk terus berusaha bertaubat setiap masa. Sedang pintu taubat senantiasa terbuka seluas-luasnya sebelum tibanya hari penghabisan(kiamat). Allah tak pandang kau muka penjenayah ke perompak ke lawa ke kurang lawa ke tapi Allah pandang pada hati setiap hambaNya. Yakinlah, Hidayah milik Allah. Ia tidak datang bergolek kepada kita tanpa ujian dariNya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(HR Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)