Assalamualaikum wbt.
Bismillah,
Pada hari ini saya akan kongsikan tentang aurat. Saya kongsi mana yang saya tahu. Jadi maaf kalau ada salah dan silap atau tidak sependapat. Ada khilaf itu bermaksud para ulamak atau fukohah berbeza pendapat dalam mentafsir sesuatu ayat Al-Quran atau Hadis. Jadi kita boleh ambil mana-mana sahaja pandangan. Aurat ini sama ada di dalam solat atau diluar solat. Allahu'Alam.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”
(Riwayat Muslim no. 3971)
(Riwayat Muslim no. 3971)
Hadis ini membawa maksud, para wanita yang menutup auratnya tetapi masih nampak bentuk tubuh badannya.
Termasuk sanggul yang mana boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.
Wanita seperti ini pasti akan ke neraka.
Tambahan pula wanita yang menutup aurat,
tetapi berniat ingin menunjuk-nunjuk akan kecantikannya,
atau barang perhiasan nya,
atau dengan bau-bauan nya,
atau yang menarik perhatian dengan lenggok manja serta jalannya,
atau yang dengan alat soleknya,
ia ini tabarruj...
tetapi berniat ingin menunjuk-nunjuk akan kecantikannya,
atau barang perhiasan nya,
atau dengan bau-bauan nya,
atau yang menarik perhatian dengan lenggok manja serta jalannya,
atau yang dengan alat soleknya,
ia ini tabarruj...
Sudah pasti akan ke neraka.
Bagaimana pula yang tidak mahu menutup aurat dan dengan sengaja menarik perhatian orang lain
dan yang mengiurkan para lelaki yang memandang nya...Ketika seorang wanita semakin berani memperlihatkan auratnya, ketika itu semakin tipislah rasa malu yang seharusnya menghiasi keindahan dirinya.
dan yang mengiurkan para lelaki yang memandang nya...Ketika seorang wanita semakin berani memperlihatkan auratnya, ketika itu semakin tipislah rasa malu yang seharusnya menghiasi keindahan dirinya.
Pasti.. pasti.. pasti..
akan ke neraka, jika tidak sempat bertaubat sebelum mati.
akan ke neraka, jika tidak sempat bertaubat sebelum mati.
Aurat lelaki,
Dari pusat ke lutut.
Adakah peha aurat?
Ada khilaf kerana ada sahabat nampak peha Nabi ketika perang. ada sahabat nampak Nabi selak kain sampai ternampak pehanya.Tapi ada yang berpendapat itu bukan peha tapi sebenarnya betis. Kesopanan yang terbaik tidak perlu dedah peha.
Aurat Perempuan,
Ada khilaf ulamak.
-Seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
-Dalam Mazhab Abu Hanifah, diluaskan kecuali muka, pergelangan tangan dan kaki dari buku lali ke bawah.
Adakah dagu aurat?
Ada khilaf,
-tengkuk aurat tapi dagu dari padangan depan adalah sebahagian daripada muka.
-dagu aurat dari pandangan bawah..
-Untuk MAHRAM, boleh buka kepala, boleh buka lengan sampai siku, boleh nampak kaki dari buku lali ke bawah, sehingga betis sedikit dimaafkan. Itu sahaja.
Ada maksud dari surah An Nuur ayat 31, kerana didalamnya telah ditetapkan oleh
Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada:
suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,
anak-anak mereka,
anak-anak tiri mereka,
saudara-saudara mereka
anak-anak saudara lelaki mereka,
anak-anak saudara perempuan mereka,
wanita-wanita islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,
anak-anak mereka,
anak-anak tiri mereka,
saudara-saudara mereka
anak-anak saudara lelaki mereka,
anak-anak saudara perempuan mereka,
wanita-wanita islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
Jadi yang dimaksudkan dengan perhiasan adalah tempat biasa wanita memakai perhiasan seperti rantai, subang telinga, gelang tangan dan gelang kaki. Adakah ada yang memakai perhiasan pada peha, bawah ketiak, punggung dan payudara? Tidak! Jadi ia adalah aurat.
Jadi bahagian yang lain tidak boleh diperlihatkan kecuali pada suaminya.
-Dengan PEREMPUAN SESAMA ISLAM
Sebenarnya sama sahaja seperti mahram kalau mengikut dari Surah An Nuur ayat 31.
Bukan dari pusat hingga lutut! tapi berdasarkan pakaian yang biasa iaitu pakai baju dan seluar panjang. Kalau seluar pendek hingga ke betis masih boleh diterima tapi jangan pendek sehingga ke peha takut-takut menaikkan syahwat.
-Dengan PEREMPUAN BUKAN ISLAM,
Ada khilaf ulamak.
-Keseluruhan kecuali muka dan pergelangan tangan.
-Boleh buka kepala, boleh buka lengan sampai siku, boleh nampak kaki dari buku lali ke bawah.. Dimaafkan pada syarak.
-Dengan IPAR / SEPUPU, seluruhnya kecuali muka dan pergelangan tangan.
No comments:
Post a Comment