Assalamualaikum wbt.
Bismillah,
Pada pertengahan malam yang tenang ini saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada si pembaca, YA! yang tengah baca ini. Tidak kira kita kenal antara satu sama lain ataupun tidak. Tidak kira kita baru berkenalan atau sudah lama. Tidak kira apa gelaran kamu sekalipun. Tidak kira dimanapun kamu berada. Tidak kira kamu yang rapat atau tidak dengan saya. Tidak kira apa kenangan antara kita.
Saya, Sheikh Ahmat Bukhari Bin Sheikh Allaudin, ingin memohon maaf atas segala perbuatan salah dan silap yang menyentuh qalbu mana mana pihak dan sesiapa saja yang merasai tempiasnya.
Ya, saya mengaku bahawa saya banyak menimbulkan kesalahan dan kesilapan yang berbentuk perbuatan, perilaku, kata-kata, dan pelbagai lagi. Secara berdepan mahupun dari belakang.
Atas kesalahan ini, saya memohon dengan sedaya mampu agar kamu dapat memaafkan segalanya.
Sekali lagi saya memohon maaf kepada kamu atas segala salah dan silap yang saya zahirkan mahupun batinkan. Dan maaf juga kerana masih tiada kemampuan untuk menyatakan maaf ini secara peribadi. Serta halalkan makan dan minum, halalkan segala-galanya.
Apakah masih ada hari esok ?
Selagi masih punya modal (nyawa) atas keEsaanNya, saya yang cuma seorang hamba abdi, sekali lagi, memohon ampun maaf atas segala salah dan silap sepanjang usia berpaut pada badan.
Saya tak lari daripada melakukan kesilapan dan pasti ada mengguris hati siapapun tanpa sedar. Terutamanya Ibu Bapa, Adik Beradik, Saudara Mara, Ahli Keluarga, Guru Guru, Sahabat Sahabat, dan tak lupa semua kenalan yang mengenali saya. Saya juga memaafkan kamu dalam semua perkara antara sedar atau tidak sedar.
Dan jika ada sebarang perkara yang mahu dituntut, mohon agar ianya dilunaskan secepat yang mungkin. Tidak dengan saya, tuntutlah dengan keluarga saya kerana takut dek ajal ini menjemputku dulu.
Jika ada hutang yang mengikat pinggang, bantulah saya menyelesaikan hutang tersebut dengan memastikan saya sedar kesemua hutang yang ada.
Jika ada hutang yang mengikat pinggang, bantulah saya menyelesaikan hutang tersebut dengan memastikan saya sedar kesemua hutang yang ada.
Akhir kata, saya berterima kasih kepada semua atas kemaafan yang diberi, segala perkara yang dikongsi dalam pelbagai bentuk; dari segi benda, ilmiah, dll.
Dengan harapan segala nya dapat diselesaikan selagi bulan berpaksikan orbit yang mengelilingi bumi dan selagi matahari berada di timur.
Pesanan. Jaga diri, Jaga Ibadah, carilah Iman dan Taqwa ya. Berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan As-Sunnah walaupun kamu terpaksa menggenggam bara-bara api sekalipun, jangan pernah melepaskan dua benda tinggalan kekasih Allah dan kekasih umat ini, iaitu Nabi Muhammad saw.. Sesungguhnya beliaulah contoh terbaik buat semua orang (umat akhir zaman) dalam semua perkara.

Alhamdulillah kerana ditemukan dengan kalian semua. Saya sayang kamu kerana Allah.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment